UMT – Dalam memacu ke arah kolej kediaman yang lebih kondusif selamat dan aman Exco Keselamatan dan Kesihatan di bawah Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) telah menganjurkan untuk julung kalinya program Podcast SOS: Speak on Safety. Program berkala yang dilakukan sebanyak dua kali bagi satu sesi perlantikan JPKK dan bertujuan untuk memberikan pelajar ruang dan peluang bagi mengutarakan soalan-soalan berkenaan aturan dan undang-undang di kolej kediaman khususnya. Dengan penyertaan seramai 1498 merangkumi pelajar sarjana muda, diploma dan asasi di dalam dan di luar kampus. Program ini dilengkapi lagi dengan para Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terdiri dari pihak JPKK dan Assist Exco Keselamatan dan Kesihatan dengan bantuan Encik Baharuddin. Program yang berlangsung secara siaran langsung pada pukul 8 malam, telah mendapat sambutan yang baik dari semua pihak dengan pelbagai persoalan yang diajukan oleh pihak pelajar .Program ini telah menjadi salah satu inisiatif untuk pembelajaran yang lebih santai kepada pihak pelajar. Selain itu, perkara ini telah membuktikan bahawa keprihatinan pelajar terhadap urusan aturan dan undang-undang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) khususnya perihal Kolej Kediaman amatlah baik kerana kecaknaan mereka terhadap isu yang dibawakan di dalam sesi podcast tersebut. Secara tuntasnya, program SOS: Speak on Safety ini telah berjaya dari segi penyampaian berkenaan aturan dan perihal keselamatan kepada seluruh mahasiswa/I di dalam Universiti Malaysia Terengganu. Ketelusan dan ketirisan dalam penyampaian maklumat dalam alam maya telah dibuktikan berjaya dengan kehadiran program seperti ini. Program ini amatlah wajar untuk dijadikan secara berkala agar pelajar memahami apakah sebab setiap kali tindakan dilakukan dan mengelakkan berlakunya rusuhan dari pelajar ke atas pihak atasan dan sebaliknya atas alasan kealpaan mereka berkenaan isu semasa. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Kolej Kediaman (KK), HEPA UMT di atas program yang dijalankan ini. Keberadaan Encik Aisamuddin A. Jalil selaku tetamu terhormat ketika siaran langsung dan moderator Ruzaini Amir selaku Assist berjaya memeriahkan lagi sesi siaran langsung tersebut. Antara soalan yang menjadi tumpuan pelajar adalah isu curfew. Memetik kepada kata-kata beliau, “ini adalah aturan yang tertinggi dalam kaedah tatatertib 2024 dimana semua orang perlu akur kerana ia adalah undang-undang yang ditetapkan. Tujuan ini bukan untuk mencari salah tetapi pemeriksaan rawak ini bertujuan untuk melihat situasi sebenar yang berlaku pada ketika itu terhadap pelajar yang berada di kolej kediaman”. Selepas mendapat pelbagai jenis pencerahan yang diberikan dan seperti yang dijangka urusan perihal kolej kediaman dan aturan-aturan yang terlibat telah berjaya difahami oleh para pelajar. Hal ini dapat dibuktikan selepas tamatnya program ini pelajar telah memahami apa sebenarnya yang berlaku dan memahami apakah alasan di sebalik wujudnya sesuatu aturan malah tiada lagi permasalahan antara pelajar yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang mengikuti aturan yang ditetapkan. Malah, program ini telah mencapai keberhasilan jangka panjang yang dimahukan. Tontonan: 2 Navigasi kiriman Bingkas Kasih Pemangkin Permulaan: 36 Pelajar Baharu Terima Bantuan Yuran Awal UMT Program Movie Night Vol.1 Sebagai Medium Kesejahteraan dan Interaksi Mahasiswa