UMT, 10 Januari 2026 – Program Movie Night Kolej Kediaman Vol. 1: Paddington In Peru anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman (JPKK) sesi 2025/2026, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dilaksanakan sebagai inisiatif bagi menyediakan ruang santai dan hiburan kepada pelajar kolej kediaman. Program ini telah dijalankan pada 10 Januari di Dewan Al-Falah, Kolej Kediaman.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti anjuran kolej kediaman, di samping mewujudkan suasana yang lebih santai dan harmoni dalam kalangan warga kolej.

Selain itu, program ini juga berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar kolej kediaman.

Secara keseluruhannya, program Movie Night Kolej Kediaman bukan sahaja berjaya menyediakan ruang hiburan kepada pelajar, malah turut menyumbang kepada pembangunan komuniti kolej yang lebih aktif, seimbang dan berdaya saing.

Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Kolej Kediaman (KK), HEPA UMT di atas program yang dijalankan ini.

Menariknya, hasil kutipan daripada program ini akan disalurkan sepenuhnya bagi tujuan pembelian rak penyimpanan barang jualan pelajar. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha JPKK dalam meningkatkan kemudahan serta pengurusan inventori bagi aktiviti keusahawanan pelajar di kolej kediaman.

Setiap usaha yang diikhtiarkan diharapkan mampu memberi kebaikan dalam menjaga kebajikan pelajar.

Program Movie Night ini dimulakan dengan persiapan tempat tayangan, diikuti dengan pendaftaran peserta sebelum tayangan filem bermula.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar yang hadir iaitu sebanyak 119 penonton untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.