Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima sumbangan bernilai RM20,000 daripada Yayasan PEKEMA menerusi inisiatif Gerobok Rezeki Siswa bagi membantu meringankan beban kewangan dan perbelanjaan harian penuntut di kampus.Sumbangan berbentuk cek cura itu diserahkan oleh Presiden Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Eksekutif Malaysia (PEKEMA) merangkap Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Yayasan PEKEMA, di sini hari ini. UMT merupakan antara sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menerima manfaat daripada sumbangan kebajikan berkenaan.Turut menerima agihan bantuan tersebut ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Datuk Hj Mohamed Nazari berkata sumbangan itu merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen berterusan PEKEMA dalam menjaga kebajikan mahasiswa, sekali gus memastikan kebajikan makanan dan keperluan asas penuntut sentiasa terjamin sepanjang pengajian mereka. Tontonan: 5 Navigasi kiriman Nury Jadikan UMT Tempat Realisasi Impian Jadi Akauntan UMT Himpun 1,500 Peserta Semarakkan Sambutan Hari Sukan Negara 2026