Kuala Nerus – Program Pembangunan Kerjaya: Starting, Establishing, Finishing (S.E.F) 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Sultan Mizan (DSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program anjuran Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) ini merupakan satu inisiatif pembangunan kerjaya yang bertujuan memperkasa mahasiswa dengan pengetahuan, kemahiran dan persediaan awal bagi menghadapi cabaran dunia pekerjaan serta meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan. Bagi kategori Establishing, Anugerah Pengguna LinkedIn Paling Aktif telah dimenangi oleh Muhammad Syarafuddin bin Ali Omar, pelajar Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan. Anugerah Jaringan LinkedIn Terbaik pula dimenangi oleh Wan Nur Fatihah binti Wan Junaidy, pelajar Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, manakala Anugerah Profil LinkedIn Terbaik dimenangi oleh Nurin Nazifa binti Muhamed Nazri, pelajar Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dari Fakulti Sains dan Sekitaran Marin. Anugerah Pelajar Aktif telah dimenangi oleh Nurliyana Nazihah binti Mohd Shukeri, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran. Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA) pula telah menerima Anugerah Fakulti Terbaik berdasarkan rekod kehadiran pelajar yang cemerlang. Program ini telah menghimpunkan seramai 1,612 orang pelajar yang terdiri daripada 956 pelajar Tahun 1 bagi fasa Starting dan 656 pelajar Tahun 2 bagi fasa Establishing. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan komitmen mahasiswa UMT dalam meningkatkan kompetensi diri serta merancang hala tuju kerjaya yang lebih jelas dan berdaya saing. Perkongsian ilmu dan pengalaman oleh para penceramah telah memberikan pendedahan yang amat berguna kepada peserta mengenai keperluan industri serta strategi membangunkan kerjaya yang mampan. Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai modul dan aktiviti interaktif yang memberi penekanan kepada pembangunan kerjaya dan kemahiran profesional. Antara slot utama yang dilaksanakan ialah Penyediaan Resume Profesional melalui Sistem E-Resume, Kemahiran Digital menggunakan platform E-Latih HRD Corp, Penilaian Diri dan Penerokaan Kerjaya melalui Career Roadmap & MyNext, pembangunan rangkaian profesional menerusi LinkedIn serta Modul Literasi Kewangan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN Proaktif 2.0) yang dikendalikan oleh wakil Bank Negara Malaysia. Sebagai pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program, beberapa anugerah khas telah disampaikan. Bagi kategori Starting, Anugerah MyNext Compelling Awards telah dimenangi oleh Muhammad Hasnul Izhar bin Hasnusi, pelajar Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian dari Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi sebagai Johan. Tempat kedua dimenangi oleh Seanneol Ebneazer Anan, pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nor Shuhadah binti Azaha, pelajar Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan dan Pemakanan) dengan Kepujian dari Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi. Anugerah Pelajar Aktif pula telah dimenangi oleh Foo Xin Tien, pelajar Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) telah dinobatkan sebagai Fakulti Terbaik berdasarkan kehadiran pelajar. Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Nor Fazliyana binti Mohtar, Pengarah UMT-GEM yang menekankan kepentingan kesiapsiagaan graduan menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada peserta dalam aspek pembangunan diri, perancangan kerjaya, kemahiran profesional dan kebolehpasaran. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi melahirkan graduan UMT yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM), HEPA UMT di atas program SEF yang dijalankan ini. Program ini telah menampilkan beberapa penceramah berpengalaman dalam bidang masing-masing, antaranya En. Muhamad Syahril Hafiz bin Ahmad Halim, Pegawai Psikologi PKKM, HEPA, En. Mohamad Azlan bin Mohamad Nasrun, Regional Lead (Central) & Government Liaison, Graduate & Emerging Talent (GET) serta Puan Nor Dalilah Abdullah dan Puan Sarinatul Aini Mohamad Shaari daripada Bank Negara Malaysia. Tontonan: 16 Navigasi kiriman Wujudkan Inkubator Usahawan Siswa, UMT-GEM Perkasa Ekosistem Keusahawanan Kampus TV1 | 19 Jun 2026 | UMT Beri Peluang Pelajar Cari Wang Saku