Kuala Nerus – Kecerdasan Buatan (AI) merujuk kepada keupayaan mesin untuk melaksanakan tugas yang memerlukan kecerdasan manusia, seperti pengenalan corak, pembelajaran, dan pembuatan keputusan. Penggunaan AI semakin berkembang dan menjadi elemen penting dalam pelbagai sektor kehidupan moden termasukkan dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat. Bengkel yang berlangsung selama dua sesi ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang staf termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Pusat HEPA. Para peserta telah diberi pendedahan menganalisa dan pengeditan grafik, video dan audio secara teori dan praktikal melalui beberapa aplikasi AI yang disediakan oleh Ts. Tuan Haji Syahrul Nizam bin Junaini, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mempunyai latar belakang dan sijil kelayakan yang khusus dalam bidang AI. Secara kesimpulannya, AI bukan sahaja mempercepatkan proses menghasilkan grafik, video dan audio tetapi juga meningkatkan kualiti perkhidmatan yang kini telah mengikut arus perdana. Perkhidmatan pentadbiran yang cekap dan responsif ini akan mencipta ekosistem kampus yang lebih dinamik dan inovatif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi, seperti isu privasi data, keperluan untuk pengawasan yang lebih baik dalam penggunaan AI, serta memastikan kesamarataan dalam akses teknologi ini. Atas kesedaran dan kecaknaan ini, pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM) telah menganjurkan Bengkel Artificial Intelligence (AI) dalam Pentadbiran dan Aktiviti Pelajar HEPA pada 10 dan 11 Februari 2025 bertempat di Makmal Komputer, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), UMT. Melalui sesi pembentangan yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg. Profesor Mohd Izani bin Mohd Zain, pegawai HEPA telah menunjukkan hasil kerja yang dibuat melalui beberapa laman sesawang AI seperti Ideogram untuk rekabentuk poster atau penghasilan logo, laman web Napkin digunakan untuk menghasilkan infografik yang menarik dalam penghasilan laporan yang ringkas dan padat melalui infografik. Bagi memudahkan penyediaan slaid pembentangan dan laporan yang menarik, penyediaan laman web Slidesgo juga diperkenalkan oleh penceramah. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan laman web suno.com bagi menghasilkan lagu yang tersendiri seperti untuk memperkenalkan identiti atau jenama produk yang ingin diketengahkan kepada komuniti. Oleh itu, penggunaan AI dalam pentadbiran dan aktiviti pelajar memerlukan perhatian yang serius terhadap etika, regulasi, dan latihan berterusan untuk memaksimakan potensi teknologi ini dengan bertanggungjawab. Sidang Redaksi mengucapkan tahniah kepada penganjur dan berharap semua peserta dapat mengoptimumkan penggunaan ilmu baharu ini dalam melaksanakan kerja seharian. Tontonan: 4 Navigasi kiriman HEPA UMT Terima Kunjungan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) HEPA iktiraf warga staf di Majlis Apresiasi HEPA 2024