Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (UMT-GEM), HEPA telah berjaya memperoleh Dana Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  tahun 2024 sejumlah RM166,015.00 sebagai penyelaras bersama program Future Entrepreneurs in Food Security Convention (FEAST).

FEAST merupakan satu program dan inisiatif berbentuk pertandingan usahawan sekali gus  mengumpul bakat-bakat usahawan pelajar daripada universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Bertemakan  keterjaminan  makanan, FEAST  mendokong agenda ini sebagai aspirasi utama perniagaan pelajar serta memberi peluang pelajar berkarya dalam keusahawanan berelemen ESG.

Program ini bertepatan dengan keunikan UMT dalam bidang keterjaminan makanan yang telah menerima pengiktirafan oleh Talentbank bagi anugerah Employer’s Choice Award 2024 dalam kluster teknologi sains makanan.FEAST terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu; fasa satu (1) Bootcamp New Entrepreneur Innovation Competition (NEIC)  dan  pembangunan projek manakala  pada fasa ke dua (2) adalah   sesi pitching  dan perasmian penutup Future Entrepreneurs in Food Security Convention (FEAST).

Tirai penganjuran FEAST dimulakan dengan program bootcamp NEIC yang bermula pada 17-19 April 2025 bertempat di UMTCC manakala sesi bootcamp berakhir dengan slot Penghayatan Warisan di Pulau Bidong pada 20  April 2025.

Penyertaan daripada 20 pasukan universiti awam dan 5 pasukan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menjadikan bilangan keseluruhan peserta dan mentor bootcamp ini adalah seramai 75 orang.Melalui slot bootcamp selama empat (4) hari ini, peserta  diberi penekanan berkenaan digitalpreneur (usahawan digital), design thinking  dan celik kewangan.

Peserta juga diberi pendedahan berkenaan inovasi dalam penghasilan produk serta penglibatan komuniti. Selain itu peserta  turut membangunkan rancangan perniagaan serta penghayatan ESG di Pulau Bidong, Terengganu. 

“Terima kasih diucapkan kepada pasukan UMT-GEM, yang diketuai oleh Prof. Madya Dr.  Azizul Yadi, Pengarah UMTGEM , saya hargai peluang dan layanan mesra yang diberikan. InsyaAllah jumpa lagi pada Konvensyen FEAST November akan datang,” ujar Dr Faizah dari Universiti Malaysia Perlis

Manakala seorang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah, Mohd Asran Talaga berkata, “saya dan ahli pasukan amat gembira kerana memperoleh ilmu keusahawanan digital yang baharu melalui slot perkongsian, lawatan ke industri dan melalui penghayatan warisan di Pulau Bidong.”

Seusai bootcamp ini, para peserta  pulang ke kampus masing-masing untuk pembangunan projek selama enam (6) bulan dan akan kembali bertanding membentangkan keberhasilan projek  pada Konvensyen FEAST yang dijadualkan pada 3-5 November 2025 bertempat di UMT.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *