Kuala Nerus, 12 Januari 2025 – Program DapoMAIDAM@UMT dilancarkan secara rasmi pada 12 Januari 2025 menggunakan aplikasi perisian DapoMaidam@UMT yang telah dibangunkan dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital, UMT. Penerima baucer DapoMAIDAM@UMT boleh membuat pembelian makanan melalui aplikasi sepenuhnya tanpa perlu membuat pembayaran tunai di 12 premis kafeteria sekitar kampus UMT yang dilantik secara rasmi. Setiap penerima akan menerima baucer secara tunai di aplikasi tersebut dengan nilai RM670.00 atau RM300.00 seorang. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, pemilihan pelajar telah dibuat secara berperingkat oleh pihak pengurusan HEPA UMT bermula November 2024 lalu dengan mengambil kira kriteria utama iaitu pelajar kategori B40 dengan purata pendapatan keluarga adalah RM3,000 ke bawah. Beliau menyarankan para pelajar yang menerima insentif baucer makanan melalui Program DapoMaidam@UMT dapat memanfaatkan sepenuhnya sumbangan ini dan berbelanja dengan berhemah. HEPA mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak MAIDAN dalam usaha membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar. Semoga para penerima dapat meneruskan kehidupan di kampus dengan lebih selesa. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada para penerima ProgramDapo Maidam@UMT. Seramai 897 orang pelajar UMT telah menerima manfaat baucer makanan percuma di bawah Program DapoMAIDAM@UMT. Sumbangan khas daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ini berjumlah RM447,040.00. Tontonan: 3 Navigasi kiriman HEPA UMT Terima Kunjungan Pengarah Urusan, Pelaburan Modal Insan, Petronas