Kuala Nerus, 12 Jun 2026 – Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kelab Siswa Anak Melaka (KESUMA) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Mahasiswa Anak Melaka 2026 yang menghimpunkan mahasiswa anak Melaka daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Seorang mahasiswa anak Melaka yang hadir berkata, majlis tersebut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka terhadap pembangunan dan kebajikan mahasiswa, selain memberi peluang untuk berinteraksi dengan kepimpinan negeri serta mengetahui pelbagai inisiatif yang disediakan untuk mereka. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkasa pembangunan modal insan serta memperkukuh hubungan dengan mahasiswa anak Melaka di institusi pengajian tinggi. Majlis ini turut memberi pendedahan berkaitan kepimpinan, pembangunan diri, kebajikan mahasiswa dan sistem demokrasi negara bagi melahirkan generasi pemimpin yang matang, kritis dan berdaya saing. Dalam ucapannya, YB Datuk Rahmad bin Mariman menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan. Beliau turut menyifatkan mahasiswa sebagai aset penting negeri serta menyeru generasi muda agar berani mencipta peluang, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan Melaka selepas menamatkan pengajian. Majlis di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu itu menghimpunkan ratusan mahasiswa anak Melaka dan menjadi platform memperkukuh hubungan dengan kepimpinan negeri serta semangat kekitaan dalam kalangan mahasiswa Melaka di Pantai Timur. Majlis ini turut memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri Melaka dan institusi pengajian tinggi dalam usaha menjadikan pembangunan mahasiswa sebagai agenda utama melahirkan generasi pemimpin yang berilmu, berintegriti dan berwawasan. Selain itu, mahasiswa turut didedahkan kepada peluang pendidikan, pembangunan modal insan serta pelbagai inisiatif kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui TAPEM bagi menyokong kelangsungan pengajian mereka. Sementara itu, pihak penganjur menyifatkan kejayaan Majlis ini sebagai bukti komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik antara mahasiswa dan Kerajaan Negeri Melaka. Majlis seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium yang mampu memperkasa pembangunan mahasiswa serta melahirkan generasi muda yang cemerlang, berdaya saing dan mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, merangkap Adun Ayer Molek yang hadir mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir ialah YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar, Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET, merangkap Adun Rim, YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, merangkap Adun Kuala Linggi serta YBrs. Abdul Aziz bin Baba, Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT bersama barisan pengurusan universiti dan mahasiswa anak Melaka daripada institusi pengajian tinggi yang terlibat. Penganjuran Majlis Ramah Mesra Mahasiswa Anak Melaka 2026 juga selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education) melalui usaha memperkasakan pembangunan modal insan dan akses kepada peluang pendidikan, serta SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat (Partnerships for the Goals) menerusi kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Melaka, institusi pengajian tinggi dan organisasi mahasiswa dalam membangunkan potensi generasi muda. Majlis ini membuktikan bahawa hubungan erat antara mahasiswa dan kerajaan negeri merupakan elemen penting dalam melahirkan graduan yang cemerlang dalam akademik, mempunyai jati diri yang kukuh, semangat kepimpinan yang tinggi serta kesediaan untuk menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. Lebih daripada sekadar majlis ramah mesra, Majlis ini menjadi platform yang menghubungkan aspirasi mahasiswa dengan kepimpinan negeri, sekali gus menyemarakkan semangat anak Melaka untuk terus melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan tanah air. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa, HEPA UMT di atas penganjuran dan penglibatan program yang sangat bermakna ini. Tontonan: 1 Navigasi kiriman “UMT Angkat Keunggulan Mahasiswa Menerusi Anugerah Ikon Siswa 2025” “Kem Kepimpinan Mahasiswa (KEMSIS) 2026 Perkasa Bakat Kepimpinan dan Jati Diri Mahasiswa UMT