Kangar, 25 Februari 2025 – Seramai 6 pelajar yang terdiri daripada empat orang pelatih dan dua orang Alumni Kor SUKSIS Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil bahagian dalam Seminar Meperkasakan Amalan Terbaik (SMART) Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Tahun 2025 yang berlangsung selama 5 hari di Dewan Ilmu, Kampus Alam, UniMAP, Perlis dan Songkla, Thailand.

Program ini anjuran Kor SUKSIS UniMAP, Sekretariat Tetap Kor SUKSIS seluruh Universiti Awam dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman serta Kelab SUKSIS UniMAP dengan kerjasama enam Agensi Kerajaan Malaysia dan Thaksin Universiti, Thailand.

Seminar ini mengetengahkan konsep perkongsian aktiviti-aktiviti berteraskan modul asas dan sampingan atau tambahan yang pernah dilakukan oleh semua Kor SUKSIS Universiti Awam bagi mencari amalan terbaik melalui perkongsian pakar-pakar dalam bidang berkaitan yang mendorong kepada penyediaan maklumat dan wawasan kepada semua Kor SUKSIS untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan program dan memberikan impak bermakna kepada PDRM, Universiti dan Komunti.

Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi perkongsian pengalaman, cabaran dan peluang oleh para pelatih Kor SUKSIS UA dan agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan NGO. Memberi panduan dalam Amalan Terbaik bagi setiap prosedur atau aktiviti yang dijalankan oleh Kor SUKSIS UA dan mencari titik persamaan dan mendekatkan jurang perbezaan dalam pelaksanaan setiap modul atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Seminar yang telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis ini telah memberikan peluang baik kepada para pelatih Kor SUKSIS UA melalui pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung seperti Program Perbentangan Kertas Kerja, Pameran, Seminar Perkongsian, Program SUKSIS Berbakti. Aktviti SUKSIS Berbakti telah dijalankan di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama antara para peserta dengan penduduk kampung tersebut.

Kor SUKSIS UMT telah berjaya memperoleh tiga anugerah emas dalam kategori Perbentangan Kertas Kerja, Booth Pameran dan Video Aktiviti Terbaik yang telah dijalankan. Hal ini memberikan kesan positif kepada para pelatih Kor SUKSIS UMT sekaligus telah mengharumkan nama Universiti Malaysia Terengganu di persada kebangsaan.

Program ini diteruskan dengan Seminar Keselamatan Sempadan Malaysia-Thailand – Isu dan Halangan yang telah diadakan di Thaksin Universiti dan lawatan ke Folklore Museum of Thaksin Universtiy. Program selama dua hari di Thailand ini telah memberi kesedaran dan ilmu baharu kepada para peserta mengenai isu-isu penting sempadan negara dan memberikan pengalaman baru tentang peradaban di masyarakat Thailand. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah diatas penglibatkan Kor SUKSIS UMT diperingkat antarabangsa.

.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *