Kuala Nerus, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UMT telah menganjurkan Majlis Perutusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain pada 27 Februari 2025 bertempat di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT dengan tema “Menggagas Idea, Menatah Mahasiswa Idaman”. Penggunaan tema “Menggagas Idea, Menatah Mahasiswa Idaman” bagi Majlis Perutusan Tahun 2025 merujuk kepada kepentingan untuk sentiasa berfikir, bertaakul dengan menggali dan membongkar idea-idea segar untuk mengurus perubahan dalam pemerkasaan mahasiswa manakala “menatah” pula merujuk kepada usaha untuk membentuk, mengukir dan menggilap sesuatu yang tinggi nilainya seperti mahasiswa”. Mahasiswa IDAMAN pula merujuk kepada mahasiswa yang didambakan, menjadi idaman negara, masyarakat serta majikan. Aksara “idaman” pula mewakili intelektual, darmabakti, aman dan alam, mandiri, alumni dan nilai dan nuansa. Dalam majlis yang sama, turut diadakan program peluncuran dan penyerahan cek cura. Yang pertama adalah Peluncuran Aplikasi Dapo MAIDAM@UMT yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital UMT. Aplikasi ini yang telah memudahkan 1056 pelajar UMT untuk membuat urusan belian makanan di kafeteria. Baucar makanan ini telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dengan jumlah sumbangan RM211,200.00 bagi tahun 2025. Dalam majlis yang sama, turut diadakan program Peluncuran Aplikasi Dapo MAIDAM@UMT yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Ekosistem Digital UMT. Aplikasi ini telah memudahkan 1,056 pelajar UMT untuk membuat urusan belian makanan di kafeteria. Baucar makanan ini telah disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dengan jumlah sumbangan RM211,200.00 bagi tahun 2025. Seterusnya, pihak HEPA juga telah menerima cek cura sumbangan bernilai RM62,500 bagi tahun 2024 oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Pihak YPM telah membelanjakan keseluruhan sumbangan RM282,500.00 bagi manfaat kepada 110 pelajar UMT. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), TNC (HEPA), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, menjelaskan bahawa sepanjang 2024, banyak program berimpak tinggi dan inisiatif telah dijayakan melalui 9 pusat tanggungjawab HEPA . HEPA juga telah berjaya menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, agensi swasta, industri dan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO. Melalui pendekatan jaringan strategik yang ampuh ini, HEPA semakin diberikan kepercayaan sehingga berjaya meningkatkan nilai penjanaan sebanyak 370% ketimbang tahun lalu. Selain itu, bagi mengintegrasikan prinsip ESG atau Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam kehidupan kampus, turut diadakan penyerahan cek cura bagi pelaksanaan Program Go-Green Maybank Islamic Berhad kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UMT daripada Pusat Ihsan UMT dengan nilai sumbangan RM 152,400.00 untuk menjayakan kempen kelestarian alam. Majlis ini telah dihadiri hampir 250 tetamu undangan ini turut mengadakan sesi penyerahan lantikan kepada 6 orang Felo Bersekutu HEPA yang dipertanggunjawabkan sebagai penasihat dalam pelaksanaan aktiviti pelajar. Majlis diakhiri dengan penyerahan sijil penghargaan kepada rakan strategik, pihak media dan pusat Tanggungjawab UMT yang telah bekerjasama dengan HEPA sepanjang tahun 2024. Sidang Redaksi mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua Pusat Tanggungjawab yang diberi mandat untuk 2025. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Program Pembangunan Siswa Sulung: Sokongan Padu Kepada Pelajar Cemerlang B40 Program Kuca Bubur Lambuk : Mengimarahkan Ramadan Dengan Semangat Kebersamaan Dan Keprihatinan Warga HEPA UMT