Kuala Nerus – Seni dan budaya adalah cerminan tamadun serta pembentukan identiti nasional yang dinamik. Dalam era globalisasi dan pendigitilan, bidang seni persembahan kini merentasi pelbagai disiplin ilmu dan bidang professional. Program Bicara Tokoh 2025 yang bertajuk “Seni Merentasi Disiplin : Inspirasi, Transformasi dan Masa Depan” menekankan kepelbagaian perspektif dalam memahami seni dan budaya Malaysia. Program ini adalah anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian HEPA, UMT dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah berjaya dilaksanakan pada 30 Julai 2025, bertempat di Auditorium Mahyuddin, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), UMT. Program tersebut menjadi sebuah platform intelektual yang menghimpunkan tokoh-tokoh daripada pelbagai latar belakang untuk membincangkan peranan seni dan budaya dalam kehidupan moden, termasuk aspek ekonomi, kesihatan mental, pembinaan negara serta pembangunan masyarakat Antara ahli panel yang diundang dalam sesi bual bicara ini adalah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Pengerusi Kumpulan Penjagaan kesihatan USCI, Prof. Ar. Hijjas Kasturi, Pengasas Hijjas Arkitek, En. Suhail bin Mohamed Kamaruddin, Pengasas Urusan Smart Management Enterprise, En. Hazwan Haziq bin Rosebi, Selebriti Tanahair dan moderator berjaya dikemudi oleh Pn. Hanida binti Mohamed Yusof, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Dasar Kebudayaan MOTAC. Impak penganjuran program ini telah telah meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan seni dalam kehidupan seharian dan pembangunan negara yang bertujuan menjadikan seni lebih diiktiraf sebagai elemen penting dalam pembangunan insan dan negara. Selain itu, menyumbang kepada pembangunan Dasar Industri Kreatif Negara dan peningkatan modal insan dalam bidang seni budaya yang akan membantu menghasilkan input berguna untuk pembentukan dasar yang lebih kreatif. Bicara Tokoh 2025 diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN, YBrs. Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor HEPA, Pengurusan UMT dan JKKN serta seramai 350 orang tetamu dari kalangan pelajar sekolah, warga UMT, mahasiswa dari universiti awam dan swasta, agensi kerajaan, penggiat seni dan warga komuniti setempat. Kesimpulannya, melalui program ini telah memberi kefahaman tentang seni dan budaya sebagai teras pembangunan negara dapat diperkukuhkan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai hab kreatif yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Hubungan jaringan kerjasama antara JKKN dan UMT telah mewujudkan sinergi dan perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua pihak. Sidang Redaksi BINGKAS HEPA mengucapkan tahniah kepada Pusat Kebudayaan dan Kesenian, HEPA atas penganjuran program ini. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad : Inspirasi Sepanjang Zaman Cakna Anak Seni Ramadan 5.0 : Mahasiswa UMT Jalin Ukhuwah Iftar Bersama Penggiat Seni