Kuala Nerus, 22 Februari 2026 – Program Tautan Mesra telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Dewan Al-Irfan, melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari dua madrasah bersama jawatankuasa pelaksana iaitu Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK). Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan pelajar madrasah di samping memupuk nilai kerjasama, kepimpinan serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Bagi aktiviti “Minda Tanpa Sempadan” pula, setiap kumpulan diberikan satu situasi untuk dibincangkan sebelum membentangkan hasil perbincangan di hadapan peserta lain. Para pelajar perlu mengemukakan hujah serta pengajaran daripada situasi yang diberikan. Aktiviti ini bertujuan melatih pemikiran kritis, keberanian berkomunikasi serta keupayaan bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan. Majlis dimulakan dengan ketibaan para pelajar madrasah dan jawatankuasa pelaksana, diikuti dengan sesi pengenalan Kolej Kediaman serta Universiti Malaysia Terengganu melalui tayangan video korporat. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar madrasah mengenai suasana kehidupan di kampus serta peluang pendidikan di peringkat universiti Program turut diserikan dengan pelaksanaan kuiz yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti hafazan dan ulum Al-Quran, tajwid, hadis, aqidah serta sirah. Kuiz ini mengandungi 25 soalan objektif dan 5 soalan struktur ringkas yang dijawab secara individu. Para peserta menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan kebolehan menjawab soalan dengan pantas dan tepat, sekali gus mencerminkan penguasaan ilmu agama yang baik dalam kalangan pelajar madrasah. Secara keseluruhannya, Program Tautan Mesra bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan pelajar madrasah, malah turut menjadi platform yang efektif dalam membentuk sahsiah diri, meningkatkan keyakinan serta menyemai semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada JPLK Kolej Kediaman (KK), HEPA UMT di atas program yang dijalankan ini. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi Explorace Ramadan yang menampilkan dua aktiviti utama iaitu penulisan khat dan “Minda Tanpa Sempadan”. Dalam aktiviti penulisan khat, setiap kumpulan diberikan ayat pendek berserta maksud yang berbeza dan diminta untuk menulis semula ayat tersebut secara kreatif menggunakan marker di atas kertas. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran seni khat malah memupuk kreativiti dalam kalangan peserta. Program diteruskan dengan aktiviti ice breaking yang melibatkan pembahagian kumpulan dan sesi perkenalan antara pelajar dari kedua-dua madrasah. Setiap peserta diberikan kain ikat kepala untuk menulis nama masing-masing sebagai memudahkan interaksi dan mengeratkan hubungan sesama mereka. Selain itu, para pelajar turut berkongsi rutin harian mereka di madrasah, sekali gus membuka ruang untuk saling memahami latar belakang dan pengalaman masing-masing dalam suasana yang santai dan mesra. Selain itu, aktiviti tebuk surah lazim dan azan turut diadakan secara individu. Aktiviti ini telah diperkenalkan lebih awal kepada para pelajar, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai peserta tampil secara sukarela untuk mengambil bahagian. Seorang ustaz daripada Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) telah dijemput sebagai juri bagi menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Para peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Program diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian saguhati kepada para peserta bagi aktiviti Explorace Ramadan khususnya bagi tempat keempat dan seterusnya. Manakala pemenang tempat pertama hingga ketiga diumumkan dalam Majlis Jejak Ihsan Ramadan Luar Kampus. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Yusmiza bin Mamat, Timbalan Pengarah Luar Kampus, Universiti Malaysia Terengganu. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Jejak Ihsan Ramadan Luar Kampus Perkukuh Jalinan Mahasiswa dan Komuniti Program Ziarah KKR–HEPA Bersama Komuniti