KUALA NERUS, 25 April – Pengukuhan Strategi Belajar Mahasiswa melalui Program Smartlearn Series 1 telah dijalankan bertempat di Dewan Persidangan 2, UMTCC. Seramai 70 orang peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu telah hadir bagi menjayakan program tersebut. Turut hadir sebagai penceramah jemputan iaitu Dr. Mohd Radhi bin Abu Shahim, Pensyarah Kaunseling, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu merangkap Felo Bersekutu PKKM. Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa telah menganjurkan Program SmartLearn Series 1 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang cara pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan ketika di alam universiti. Pelbagai teknik belajar berkesan yang telah dikongsikan di dalam program ini. Pelajar juga telah didedahkan dengan tiga bentuk teknik belajar yang sesuai dengan personaliti masing-masing sama ada teknik visual, auditori atau kinestatik. Secara keseluruhannya, program SmartLearn Series 1 berjaya mencapai objektifnya dan memberi impak yang baik kepada mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai lagi pelajar meningkatkan prestasi akademik serta kesejahteraan diri mereka. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa, HEPA UMT di atas program yang dijalankan ini. Para peserta juga diberi pendedahan tentang kemahiran pengurusan tekanan akademik yang lebih efektif ketika menghadapi tekanan sepanjang tempoh pembelajaran di universiti. Program ini telah berlangsung pada tarikh yang ditetapkan dengan penglibatan pelajar dari pelbagai fakulti. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi ice-breaking, sesi perkongsian bertajuk “Study Vibes Mahasiswa – Fokus, Fikir, Berjaya“ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, kuiz serta refleksi dan rumusan program pada hari tersebut. Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan penglibatan yang sangat aktif dari awal sehingga akhir dan memberi maklum balas yang positif. Mereka turut berkongsi bahawa program ini sedikit sebanyak membantu mereka memahami cara belajar dengan lebih sistematik berdasarkan pengalaman yang diceritakan dan kemahiran menguruskan tekanan akademik dengan lebih sihat bagi semua peringkat umur. Tontonan: 2 Navigasi kiriman Terapkan Nilai Minda Atlet Berprestasi Tinggi Dalam Proses Kemenjadian Mahasiswa Festival Kebudayaan dan Kesenian 2026 Cipta Memori Luar Biasa