Kuala Nerus, 19 Mei 2025 – Pusat Kebudayaan dan Kesenian HEPA, UMT telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Acara dan Majlis pada 18 hingga 19 Mei 2025 bertempat di Auditorium Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran warga UMT dalam pengurusan majlis rasmi melalui pendekatan teori dan praktikal yang komprehensif. YBrs. Profesor Madya Dr. Hazira Mohd Nasir merupakan seorang pensyarah dan juga Penolong Rektor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Seremban, Negeri Sembilan merupakan penceramah yang diundang untuk berkongsikan ilmu serta pengalaman beliau dalam tatacara pengurusan acara dan majlis. Kursus ini telah dilaksanakan selama dua hari dengan modul yang merangkumi prinsip-prinsip protokol dan etiket sosial yang perlu diterapkan dalam setiap majlis rasmi, mengaplikasi kaedah dan tatacara protokol serta etiket sosial yang betul serta simulasi pengurusan majlis. Kursus ini disasarkan kepada semua warga UMT yang merupakan platform penting bagi untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan acara dan majlis, serta memperkukuh profesionalisme dalam setiap perincian majlis yang dianjurkan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Noorfathehah binti Abdullah Sani, Ketua Pusat Kebudayaan dan Kesenian berpendapat kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dan profesionalisme dalam pengurusan majlis rasmi yang memberi impak positif terhadap keberkesanan dan imej organisasi dalam kalangan staf dan pelajar UMT. Sidang Redaksi HEPA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada urus setia dan pihak PBS atas penganjuran kursus yang sangat bermanfaat ini. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Bengkel Training Of Trainer (TOT) Senam Seni Malaysia Memperkasakan Kesenian Dan Kecergasan Dalam Budaya Tempatan