KUALA NERUS – Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyambut baik komitmen Kerajaan Malaysia MADANI melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menyediakan kemudahan penginapan pelajar yang mencukupi, mampan dan berdaya tahan, selaras dengan hala tuju yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026 – 2035. Melalui sesi libat urus ini, segala keperluan teknikal, perundangan dan pelaksanaan dapat dikenal pasti lebih awal, sekali gus mempercepat dan memudahkan proses pembinaan kolej kediaman BLMT di UMT secara berfasa dan berdaya laksana. Tambah beliau, inisiatif pembangunan ini adalah selaras dengan RPTM 2026–2035 serta Dasar Kemudahan Kolej Kediaman IPTA, yang menyasarkan penyediaan kemudahan penginapan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar prasiswazah sepenuh masa menjelang tahun 2035. Kolej Kediaman UMT kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan KPT dan semua pihak berkepentingan dalam menyokong perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek penginapan pelajar demi menjamin kebajikan mahasiswa. Pengarah Kolej Kediaman UMT, Prof. Madya Ts. Dr. Nik Aziz bin Nik Ali, berkata pengumuman kerajaan berhubung penyediaan 5,000 kapasiti penginapan pelajar tambahan melalui kerjasama universiti awam dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) merupakan satu langkah strategik dan tepat dalam menangani cabaran kekurangan kapasiti kolej kediaman yang sedang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi awam ketika ini. Menurut beliau, peningkatan enrolmen pelajar saban tahun serta kekangan kapasiti penginapan sedia ada menyebabkan sebahagian pelajar terpaksa mendapatkan penginapan di luar kampus, sekali gus mendedahkan mereka kepada isu kos sara hidup, kebajikan dan keselamatan. Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif ini diyakini akan memberi impak positif terhadap ekosistem kehidupan kampus serta menyokong aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial dan kemampanan pembangunan modal insan negara. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Kolej Kediaman (KK), HEPA UMT di atas usaha yang dijalankan ini. Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa Universiti Malaysia Terengganu melalui Kolej Kediaman dengan kerjasama Pejabat Pembangunan dan Harta UMT telah mengambil langkah proaktif melalui penganjuran Sesi Libat Urus Bersama Wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 21 Januari 2026 bertempat di UMT Convention Centre (UMTCC) bagi membincangkan cadangan pembangunan kolej kediaman pelajar melalui kaedah BLMT-Hibrid. Sesi berkenaan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk KPT, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Terengganu, Syarikat Air Terengganu, Tenaga Nasional Berhad serta pihak konsesi, GFM Services Berhad. Beliau menambah bahawa pembangunan kolej kediaman baharu melalui pendekatan kerjasama awam-swasta, termasuk kaedah Build, Lease, Maintain and Transfer (BLMT) secara hibrid, dijangka dapat mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap pasaran rumah sewa di sekitar kampus yang semakin mencabar dari segi ketersediaan dan kos sara hidup. “Bagi UMT, inisiatif ini amat signifikan kerana ia menyokong keperluan penempatan pelajar secara berperingkat dan selari dengan hasrat universiti untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan mahasiswa terus terpelihara. Pendekatan kerjasama strategik bersama GLIC diyakini mampu mempercepatkan penyediaan kemudahan penginapan pelajar yang berkualiti, berdaya tahan serta memenuhi piawaian keselamatan dan keselesaan yang ditetapkan,” katanya. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Program Transisi Mahasiswa@KK Bantu Pelajar Baharu Menyesuaikan Diri Di Kolej Kediaman UMT Memperkasa Kebajikan Mahasiswa Melalui Gotong-Royong dan Kepemimpinan Pelajar