8 Mei 2025, Negeri Sembilan – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) HEPA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama-sama Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengadakan sesi Ziarah Bingkas Kasih kepada seorang pelajar UMT, saudara Muhammad Harshahd bin Hamza, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perikanan, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan. Saudara Muhammad Harshahd bin Hamza diklasifikasikan telah mengalami Brain Injury and Multiple Long Bone Fracture masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan sejak terlibat kemalangan jalan raya di Gong Badak pada 18 Februari 2025. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melalui sesi Ziarah Bingkas Kasih HEPA telah menyantuni keluarga dan menyampaikan bantuan kewangan RM300 dan kelengkapan diri (Pampers) sebagai menzahirkan nilai keprihatinan pihak universiti terhadap keadaan saudara Muhammad Harshahd. Selain itu, wakil Yayasan Perkasa Siswa, Encik Muhammad Adli Jamiri, Eksekutif (Bantuan & Sumbangan) turut bersama-sama menyantuni keluarga dan menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM1500 bagi meringankan beban mereka se lain turut memberikan semangat dalam meneruskan kehidupan walaupun dilanda musibah yang besar akibat kemalangan jalan raya Menurut Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Sesi Ziarah Bingkas Kasih yang dianjurkan oleh HEPA ini bukan hanya sekadar sebuah lawatan biasa tetapi sebagai tanda sokongan dan kecaknaan terhadap pelajar UMT. Ini juga merupakan inisiatif dan usaha Universiti Malaysia Terengganu menyantuni dan memastikan kebajikan pelajar terjaga, terutamanya dalam saat-saat sukar. Sebagai institusi pendidikan yang prihatin, UMT sentiasa berkomitmen untuk memberikan sokongan moral kepada pelajar yang terkesan dengan musibah. Sidang Redaksi HEPA mendoakan saudara Harshahd diberi kesembuhan sepenuhnya dan dapat menyambung pengajian beliau Kembali di UMT. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan syabas kepada PHEP di atas kunjungan Ziarah Bingkas Kasih ini. Tontonan: 2 Navigasi kiriman “Aidilfitri HEPA 2025: Titipan Kasih Buat Pelajar Dan Komuniti Madani” HEPA Santuni Mahasiswa Idaman Baharu Selami Kehidupan Kampus