Program Pembangunan Siswa SULUNG (SULUNG) adalah sebuah inisiatif biasiswa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membiayai yuran pengajian pelajar B40, khususnya mereka yang merupakan anak pertama dalam keluarga yang menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pada 23 Mac 2025, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) HEPA telah mengadakan sesi Ziarah Bingkas Kasih bagi menyantuni dua orang pelajar baharu UMT yang terpilih untuk menerima biasiswa SULUNG 3.0. Nor Azlin Sahirah binti Mohamad, pelajar Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pengurusan Sosial (FPEPS). Beliau merupakan anak pertama daripada lima beradik yang berasal dari Kampung Surau Haji Daud, Kuala Terengganu. Menurut beliau “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMT kerana telah menawarkan peluang keemasan ini kepada saya walaupun masih ramai calon lain yang ada. Keadaan keluarga yang serba kekurangan telah memberi keazaman kepada saya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi pelajar yang aktif di kampus denga melibatkan diri degan badan uniform”. Selain itu, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim daripada Fakulti Pengurusan Maritim (FPM) iaitu Nora Ashikin binti Ghazali yang berasal dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Nora Ashikin ditanggung oleh ibu yang bekerja sebagai pengasuh setelah bapa beliau sudah tidak bekerja Ziarah Bingkas Kasih ini telah diserikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim. Kedua-dua pelajar ini telah menerima surat tawaran SULUNG 3.0 serta bantuan tunai sebanyak RM200. Selain itu, mereka juga menerima bakul makanan yang mengandungi bekalan makanan asas, sebagai tanda sokongan dan kecaknaan UMT untuk membantu mereka pada bulan Ramadan. Diharapkan sumbnagan ini dapat membantu meringankan beban pelajar dan keluarga mereka, terutama dalam menghadapi cabaran kewangan semasa Menurut Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, yang hadir dalam sesi tersebut, berkata bahawa “Ziarah Bingkas Kasih ini bertujuan untuk memberikan pengalaman berharga kepada pelajar menerima surat tawaran secara fizikal, selain menyampaikan bantuan HEPA kepada pelajar daripada kategori B40 yang berasal dari latar belakang keluarga berpendapatan rendah” menurut beliau, Program SULUNG 3.0 bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga satu bentuk pengiktirafan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga B40”. Dengan sokongan padu ini, diharapkan kedua-dua pelajar tersebut dapat terus fokus pada pengajian mereka, mencapai kejayaan dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Program SULUNG 3.0 merupakan bukti bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya, tanpa mengira latar belakang ekonomi keluarga. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar di atas penganjuran program yang bermakna ini. Tontonan: 27 Navigasi kiriman HEPA iktiraf warga staf di Majlis Apresiasi HEPA 2024 “Menggagas Idea, Menatah Mahasiswa Idaman” Fokus HEPA Sepanjang 2025