Marang, 3 Mac 2025 – Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus, Kolej Kediaman, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Iftar Kasih Darul Falah di Asrama Rumah Anak-anak Yatim Darul Falah melibatkan 116 anak yatim. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha pihak HEPA UMT menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam kalangan mahasiswa, di samping memupuk semangat kesukarelawanan. Program ini turut disertai oleh pengurusan HEPA UMT, wakil Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu, tenaga pengajar asrama, serta barisan sukarelawan mahasiswa dari Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK) dan Kelab Perwakilan Luar Kampus (KPLK). YBhg. TNC HEPA UMT turut menyeru agar semangat kesukarelawanan ini terus disemai dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. “Mungkin hari ini kita berada dalam keadaan yang baik dan selesa, tetapi kita tidak boleh melupakan mereka yang memerlukan bantuan. Ramadan ini adalah masa terbaik untuk kita meningkatkan amalan kebajikan dan memperbanyakkan sedekah serta infak ke jalan yang baik.” Antara aktiviti yang diadakan bersama anak-anak yatim termasuk pertandingan azan dan Dai’e, solat berjemaah, serta majlis berbuka puasa. Aktiviti ini bukan sahaja membolehkan para pelajar mengasah kemahiran kepimpinan dan komunikasi, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk menunjukkan bakat mereka dalam suasana yang penuh kasih sayang dan sokongan. Program Iftar Kasih Darul Falah merupakan kesinambungan daripada Program Jalinan Kasih JPLK yang diadakan pada Disember 2024. Dalam ucapan perasmian, YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT, menekankan bahawa universiti bukan sekadar pusat kecemerlangan akademik tetapi juga bertanggungjawab dalam membangunkan komuniti. “Kehadiran kami di sini bukan sekadar mengisi ruang waktu berbuka puasa, tetapi lebih dari itu, ia melambangkan nilai kasih sayang, kebersamaan, serta kecaknaan kami terhadap kebajikan dan kesejahteraan mereka yang memerlukan. Beliau turut menekankan kepentingan membentuk mahasiswa yang cakna terhadap masyarakat dan mengaplikasikan gagasan idea yang diperkenalkan dalam perutusan Timbalan Naib Canselor HEPA 2025 pada 27 Februari 2025 yang lalu dengan usaha menyemai darmabakti mahasiswa untuk membentuk mahasiswa idaman. Penganjuran program ini turut mendapat sokongan daripada syarikat dan individu pemurah yang menyalurkan tajaan, termasuk Pancaran Aqu Bina Enterprise dan Mam Padu Trading. Sokongan ini membuktikan pentingnya kolaborasi antara institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO), dan sektor swasta dalam usaha membantu golongan yang memerlukan. Melangkah ke hadapan, Kolej Kediaman, HEPA merancang untuk membawa anak-anak yatim ini ke kampus UMT. Inisiatif ini bertujuan memberikan pendedahan awal mengenai kehidupan universiti, sekali gus memberi inspirasi kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada Kolej Kediaman di atas penganjuran program yang bermakna ini. Mahasiswa idaman merupakan mahasiswa yang sentiasa memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya. Program seperti ini bukan sahaja membentuk mahasiswa yang bertanggungjawab, tetapi juga memastikan masyarakat sekitar mendapat manfaatnya. Kami ingin anak-anak di Darul Falah tahu bahawa mereka tidak pernah bersendirian. Universiti Malaysia Terengganu dan seluruh komuniti sentiasa prihatin dan akan terus berusaha memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya”. Tontonan: 2 Navigasi kiriman Lentera Ramadan Ikhtiar Darmabakti UMT Menyemai Keinsafan