Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Januari 2026 – Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) melalui Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) telah menerima kunjungan hormat serta mengadakan sesi benchmarking bersama Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, International Islamic University Malaysia (IIUM) pada 28 Januari 2026 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Kunjungan ini diadakan bersempena pelaksanaan SC4SH Ibadah Camp and Strategic Planning Programme 2026 dan bertujuan memperkukuh perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan penglibatan komuniti, kesukarelawanan serta pembangunan kepemimpinan mahasiswa di peringkat institusi pengajian tinggi. Delegasi IIUM telah diketuai oleh YBrs. Profesor Zainal Abidin bin Sanusi, Pengarah Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, IIUM, hadir bersama beberapa orang pegawai dan wakil pusat tersebut. Pihak UMT pula diwakili oleh YBrs. En. Fadli bin Mamat, Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM), HEPA UMT, serta pegawai-pegawai PPPM yang terlibat secara langsung dalam pengurusan pembangunan dan pemerkasaan mahasiswa universiti. Sepanjang sesi berlangsung, pihak PPPM UMT telah berkongsi pendekatan strategik dan pengalaman universiti dalam merangka, menyelaras serta melaksanakan program penglibatan komuniti dan kesukarelawanan siswa secara berstruktur, sistematik dan berimpak tinggi. Perkongsian ini merangkumi pelaksanaan program berasaskan komuniti, pembangunan sahsiah dan kepemimpinan mahasiswa, pemerkasaan organisasi pelajar serta penyelarasan aktiviti yang selari dengan aspirasi universiti dan gagasan Malaysia MADANI. Tontonan: 3 Navigasi kiriman Mahasiswa UMT Wakili Negara ke Global Student Leadership Summit 2026 di Jepun UMT Angkat Kesedaran Marin Melalui Program “Waste to Eco Vibe” di Pulau Pangkor