Alam semakin tenat, dan suara anak muda kini menjadi harapan.Dalam dunia yang berdepan dengan perubahan iklim, pencemaran dan isu kelestarian alam sekitar, peranan generasi muda sebagai pencetus kesedaran serta agen advokasi semakin penting.Program ini turut mengetengahkan inisiatif kerjasama antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Jabatan Pendidikan Tinggi dalam penganjuran Debat Alam Sekitar pada bulan Jun nanti sebagai platform memperkasa suara mahasiswa dalam memperjuangkan isu alam sekitar.Kupasan ini akan menampilkan: Encik Muhammad Hisyamuddin SazaliTimbalan Setiausaha Majlis Debat Universiti Malaysia / Penolong Pendaftar, Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa UMT Saudara Muhammad Zaki AnuarPengarah Program Debat Alam SekitarNamun, sejauh manakah anak muda mampu membawa perubahan sebenar demi masa depan bumi yang lebih lestari? Saksikan kupasan menarik dalam segmen Debat Alam Sekitar dan Advokasi Anak Muda di rancangan Selamat Pagi Malaysia. Jumaat | 29 Mei 2026 8.00 pagi – 10.00 pagi TV1 | Berita RTM | MYTV Tontonan: 4 Navigasi kiriman Tayangan Perdana Video Mahasiswa IDAMAN UMT Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Ke-32 2026 Perkasa Mahasiswa Berfikir Kritis, Berilmu dan Berdaya Saing Global