Kuala Nerus, 17 Januari 2025 – Seramai 250 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terdiri daripada barisan kepimpinan kelab dan persatuan UMT, hadir dalam Bengkel Pemantapan Organisasi 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa (PPPM) pada 17 Januari 2025 (Jumaat) bertempat di Auditorium 1- 02, Kompleks Kuliah Berpusat, UMT. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta latihan kepada para peserta berkaitan kemahiran pengurusan organisasi yang lebih efektif dan berkesan. Bengkel ini juga dirumus untuk menyokong agenda pemerkasaan mahasiswa dengan berpaksikan prinsip “Dipimpin untuk Memimpin”. Ia dijayakan dengan membekalkan peserta dengan pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran memimpin sesebuah organisasi, mengukuhkan semangat kerjasama antara barisan pimpinan kelab dan Majlis Perwakilan Pelajar. Modul Pengurusan Kewangan disampaikan oleh En. Nor Azrin bin Mohamed, Penolong Bendahari UMT. Modul ini mengajar peserta cara merancang dan mengurus kewangan dengan bijak. Ia penting untuk memastikan kewangan organisasi sentiasa dalam keadaan terurus dan selamat. Seterusnya, Modul Etika, Protokol dan Pengendalian Majlis oleh Puan Aini Zahida binti Din, Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Pengurusan Korporat dan Komunikasi, PKK. Modul ini memberi panduan kepada peserta mengenai pengurusan majlis yang beretika serta prosedur protokol. Sidang Redaksi HEPA mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran bengkel BPO 2025. Bengkel ini menyediakan lima modul utama. Modul Penyediaan Surat Menyurat, Minit Mesyuarat dan Pengendalian Mesyuarat disampaikan oleh En. Abdullah Syukri bin M. Salleh, Timbalan Pendaftar di Bahagian Pentadbiran dan Perundangan, PPPA. Modul ini memberi tumpuan kepada teknik yang betul dalam penyediaan dokumen rasmi dan pengendalian mesyuarat agar ia berjalan lancar dan produktif. Modul Merit Mystar yang diterajui oleh PPPM, memberi pemahaman tentang sistem Merit Mystar yang digunakan di UMT untuk memantau penyertaan pelajar dalam aktiviti kelab dan persatuan. Akhir sekali adalah Modul Tatacara Pengurusan Program yang disampaikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), memberikan kemahiran praktikal kepada peserta dalam merancang, melaksanakan dan menilai keberkesanan program atau aktiviti yang dijalankan oleh organisasi mereka. Menurut salah seorang peserta, Saudara Muhammad Izzuddin Bin Mohd Noor, Wakil kelab GEMERSIK UMT, “Bengkel sebegini sangat penting bagi pelajar faham akan proses pelaksanaan program, pengurusan kewangan serta etika dan protokol. Saya berharap bengkel seperti ini dapat diadakan secara berkala agar pengurusan kelab – kelab UMT lebih teratur dan efisien”. Tontonan: 4 Navigasi kiriman Program Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda Bagi Zon Timur Dedah Kepentingan Demokrasi Kepada Golongan Pengundi Belia Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kepada Ahli Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)